memaparkan seluruh proses kerja resist dalam pelbagai teknik dan reka corak serta produk pelbagai
Isnin, 21 April 2014
BATIK BUATAN MALAYSIA
Batik Malaysia
Batik merupakan satu bidang kraftangan satu yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke-15 masihi manusia sudah mula menjalankan kegiatan pembuatan batik secara tradisional. Dimana masyarakat dahulunya menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap. Di Alam Melayu,sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an.Batik mula diperkenalkan di negara Malaysia khususnya di Kelantan pada tahun 1910. Batik berasal dari Indonesia dan perkataan batik terbit dari perkataan Jawa “tik” yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Di Malaysia kebanyakan perusahaan kilang batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Kini pelbagai dasar-dasar dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti batik di peringkat global.
Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan daripada penggunaan lilin dan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam semulajadi mahupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang digunakan sebagai pemisah warna samaada dilukis menggunakan canting mahupun yang diterap
menggunakan blok-blok motif ke atas permukaan tekstil. Kemudiannya warna disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus.Keistimewaan dan keunikan seni batik terletak pada ciri yang berlainan bagi corak dan kesan yang terhasil oleh kerana itu tidak ada sehelai batik yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan canting, blok cap dan warna yang sama.
Dalam hal ini
Asharil Duhardi Abdullah menjelaskan bahawa:“Istimewanya seni batik kerana batik merupakan salah satu seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang di kepulauan Melayu serta berkaitan dengan pakaian para penduduknya. Motif yang sering menghiasi ruang badan sesebuah kain sarung sudah semestinya motif-motif etnik. Setiap
daerah yang menghasilkan batik sabagai bahan keperluan harian pastinya mempunyai motif-motif etnik yang perlu diangkat dan dikembangkan agar ia kekal dan diketahui oleh setiap generasi baru. Batik tradisional ini mempunyai makna simbolik yang tinggi dan penggunaannya didasarkan pada status sosial pemakai dalam masyarakat daerah tertentu.”
Motif ialah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis dan menerap batik. Batik transorarial Danijel menggunakan teknik menerap dan melukis. Terdapat dua bentuk utama motif iaitu motif organik dan geometrik. Motif organik melibatkan penggunaan unsur-unsur alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga manakala motif geometrik lebih tertumpu kepada corak bentuk-bentuk geometrik seperti segi tiga, segi empat dan sebagainya.
Contoh motif organik:
1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
Contoh Motif Geometrik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak ialah bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Corak terdiri daripada gabungan motif-motif organik mahupon geometrik dilukis di atas akin batik tersebut.
Jenis-jenis corak yang digunakan
1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
Perubahan aliran Batik
Pada masa kini, batik telah berkembang melampaui dunianya dengan melalui proses pemodenan konsep, teknik dan falsafah. Sebagaimana masyarakat dan
Kebudayaan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, seni membatik juga turut berubah.Daripada keindahan yang hanya terdapat pada pakaian yang menunjukkan status si pemakainya, batik telah berpindah konsepnya mengikut konsep tradisi kesenian Barat iaitu catan batik yang menjadi hiasan-hiasan dinding galeri atau pejabat,
hotel-hotel atau juga sebagai hiasan-hiasan dinding ruang tamu rumah-rumah masyarakat pertengahan.Perubahan bentuk dan fungsi batik terjadi kerana adanya faktor perubahan zaman, penggantian generasi, pengaruh kebudayaan barat dan teknologi moden.Perubahan bentuk dan fungsi seni batik moden merupakan cerminan dari keperluan dan apresiasi masyarakat moden.Dengan adanya keistimewaan teknik pembuatannya serta harmoni susun atur motif yang melambangkan masyarakat Melayu membolehkan pelukis-pelukis moden mengarap dan merakamkannya kedalam sebuah cerminanlukisan. Rakaman dan lorekan ini semata-mata sebagai satu usaha untuk menonjolkanidentiti dan usaha mencari identiti.
Alatan batik
• Blok penerap
• Campuran lilin
• Kain (mestilah kain berwarna putih)
• Pencelup
• Sebuah meja
Kain benang kapas berwarna putih paling sesuai digunakan untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Pertandingan Piala Seri Endon
Piala Seri Endon diambil sempena nama allahyarham Tan Sri Endon. Acara ini mula diperkenalkan pada tahun 2003 dengan tujuan untuk mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baru dan lama pereka fesyen batik tempatan khususnya dari Malaysia untuk diketengahkan di peringkat Antarabangsa.
Pada awal perkenalan di Bukit Bintang,Kuala Lumpur pada tahun 2003 hanya satu kategori dipertandingkan iaitu "Fesyen".Kini pelbagai kategori baru diperkenalkan termasuklah kraftangan dan "Soft Furnishing". Pertandingan ini berjaya memikat hati masyarakat untuk menjadi peserta termasuklah golongan pelajar,pembuat batik,pereka fesyen,
pengeluar tekstill,dan juga artis.
Piala Seri Endon dikendalikan oleh Penyayang iaitu Yayasan Budi Penyayang dengan kerjasama dari Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.
PROSES BATIK
Canting Batik Macam dan Kegunaannya Canting Batik dan Bagiannya Canting berasal dari bahasa Jawa yang berarti alat untuk melukis batik tulis. Canting batik terdiri dari tiga bagian yaitu cucuk, nyamplung dan pegangan. Cucuk atau carat fungsinya seperti mata pena sebagai ujung keluarnya cairan malam (lilin). Supaya keluarnya lebih lancar, ujung cucuk ini ditiup dahulu untuk mendinginkan suhu malam. Nyamplung fungsinya sebagai tempat untuk memasukkan malam panas. Cucuk dan nyamplung terbuat dari tembaga, karena tembaga merupakan material yang baik sebagai penghantar panas. Bagian canting batik yang ketiga adalah pegangan canting batik yang terbuat dari bambu. Pada umumnya canting batik terbuat dari tembaga, dalam perkembangannya fungsi tembaga digantikan dengan teflon. Bahkan saat ini ada canting batik elektrik yang pemanasnya langsung ke nyamplung canting, jadi tidak perlu di panaskan di dalam wajan. Bentuk dan bagian-bagian canting batik: Bagian-bagian Canting Batik 1.Gagang terong, yaitu tangkai canting batik yang terletak pada bagian belakang untuk ditancapkan pada tangkai yang sebenarnya dan umumnya terbuat dari bambu. 2.Nyamplungan, yaitu badan utama canting batik dan berbentuk oval agak pipih. Fungsinya untuk menciduk dari tempat cairan malam. Dinamakan nyamplungan karena bentuk dan besarnya menyerupai nyamplung yaitu nama buah-buahan. 3.Carat/cucuk. Carat atau cucuk terletak pada bagian paling depan dan berbentuk seperti pipa melengkung. Fungsinya untuk jalan keluarnya cairan malam. Sebagai alat untuk melukis batik, canting batik dibedakan menjadi beberapa macam, canting batik menurut fungsinya, canting menurut besar kecilnya cucuk, dan canting batik menurut banyaknya cucuk atau carat. 1. Canting Batik Menurut Fungsinya Canting Batik Rengreng Canting batik ini mempunyai cucuk tunggal dan tidak terlalu besar, diameter 1-2.5 mm. Fungsinya untuk membuat pola pertama pada batik tulis atau terkenal dengan istilah merengreng. Pola pertama atau dasar tidak terlalu rumit karena belum ada isian maupun tembokan atau pulasan pada kain. Canting Batik Isen Canting batik isen mempunyai cucuk tunggal dan banyak sesuai dengan motif yang diinginkan, diameter canting ini lebih kecil 0.5-1.5 mm. 2. Canting Batik Menurut Ukurannya Canting Batik Cucuk Kecil Adalah canting batik bercucuk kecil digunakan untuk membuat isen pada pola batik yang telah direngreng. Canting Batik Cucuk Sedang Canting batik ini digunakan untuk membuat pola pertama sebagai pola dasar dalam pembuatan batik tulis. Canting Batik Cucuk Besar Digunakan untuk membuat pola-pola yang berukuran besar. Pola tersebut dipilih untuk membuat perbedaan antara pola utama dan pola tambahan. Tapi tidak semuanya pola diperlakukan seperti itu karena akan memakan waktu yang lebih lama untuk memilih pola yang akan diperbesar. Di daerah Trusmi, Cirebon canting batik ini digunakan untuk membuat tembokan atau pulasan pada kain, biasanya ujung cucuk ditambah dengan balutan kain sehingga diameter yang didapat lebih besar. 3. Canting Batik Menurut Banyaknya Cucuk atau Carat Canting Batik Cecekan Canting batik ini tergolong canting isen yang mempunyai carat tunggal. Fungsinya sebagai pembuat titik-titik isen atau isen lainnya seperti isen ukel, pada motif batik. Canting Batik Loron Diambil dari kata loro (dua dalam bahasa jawa), yang berarti canting batik ini mempunyai cucuk dua atas dan bawah. Fungsinya untuk membuat garis rangkap pada pola batik seperti batasan pada bogem. Canting Batik Telon Canting batik telon mempunyai cucuk tiga berbentuk segitiga sama sisi. Fungsinya untuk membuat pola isen yang berbentuk segitiga. Canting Batik Prapatan Bentuk canting batik prapatan cucuknya mempunyai empat buah dengan titik pola segi empat. Fungsinya sama seperti canting batik isen lainnya sebagai pembuat pola isen sehingga menghasilkan pola segi empat. Canting Batik Liman Mempunayai cucuk lima dengan titik berbentuk lingkaran. Satu sebagai pusatnya dan keempatnya mengelilingi pusat. Canting Batik Byok Canting batik ini cucuknya berjumlah tujuh atau lebih biasanya jumlahnya ganjil. Fungsinya untuk membuat lingkaran Canting Batik Galaran Canting batik galaran atau renteng mempunyai mata cucuk yang berbaris dari atas kebawah, jumlahnya empat atau lebih, biasanya berjumlah genap.
Langgan:
Catatan (Atom)